Tips Tempah Sticker 2: Tempah Stiker Produk (Sticker Product)

Stiker Label Produk adalah alat pemasaran yang sangat penting bagi setiap produk.

Stiker Label Produk adalah sumber informasi kepada produk kerana anda boleh memaparkan segala informasi mengenai produk, syarikat dan pasaran pada satu tempat.

Maklumat secukupnya mengenai produk sangat penting bagi mendapatkan kepercayaan pelanggan. Jadi, cara yang paling mudah, murah dan berkesan ialah dengan meletakkan stiker label pada bungkusan produk anda.

Perhatikan Stiker Label Produk yang terkenal di sekeliling anda. Buatkan perbandingan. Lakarkan informasi produk anda, maklumat syarikat serta sumber untuk dihubungi. Gambar yang menarik sebagai penyeri jika perlu. Namun, logo syarikat amat penting sebagai trademark anda. Pastikan anda mempunyai logo untuk di tonjolkan di pasaran. Segala butiran ini akan diperlukan untuk menempah Stiker Label Produk anda. Jika semuanya sudah tersedia, proces menempah stiker lebih lancar, mudah dan cepat.

Bagi Stiker Label Produk yang kecil atau baru sahaja ingin memulakan pemasaran, anda boleh mengunakan Stiker Label Produk Standard. Ia lebih mudah, murah dan cepat untuk ditempah.

Tempah Stiker Label Produk yang mencetak nama produk, sumber untuk dihubungi seperti nama media sosial dan nombor telepon anda. Juga menarik jika diserta dengan imej clip arts yang sesuai dengan produk anda. Sebagai contoh, anda boleh menempah stiker bersaiz 1.8 cm tinggi x 4.6 cm lebar sebanyak 60 keping serendah RM5 hingga RM15 di pasaran. Ia amat memadai bagi anda yang baru memulakan perniagaan dengan produk sendiri. Produk yang kecil seperti minyak wangi, produk makanan dan cenderahati.

Lakukan survey dan elakkan dari terperangkap dengan syarat harga yang ditetapkan oleh para pencetak/ printer sticker. Kebanyakkan dari mereka menetapkan tempahan kuantiti yang banyak sebelum menawarkan harga murah. Pencetak/ printer sticker online dan kecil-kecilan lebih flexible dalam menetapkan harga. Jadi, lakukan kajian sebelum menempah Stiker Label Produk anda. Ini dapat memastikan anda dapat memanfaatkan jumlah yang anda bayar semaksimum mungkin.

Dapatkan lagi informasi mengenai menempah Stiker Label Produk di masyasticker.com

Semoga tulisan ini memberi manfaat kepada anda. In Shaa Allah. Senyum selalu.

Masya